Monday, 19 September 2016
Teman
Salam. Teman seperjuangan semasa program pertukaran Belia Asia Tenggara dan Jepun. She got a lovely name "Roudhahtul Qiyah". Sepanjang program banyak unsur2 positif dan negative yang aku dengar mahupun ku cipta sendiri. Maaf ya teman. Aku cuma manusia biasa yang tak lepas dari berprasangka buruk. Dia penolong ketua rombongan. Aku tak pernah rapat mahupun bercerita banyak dgn dia. Tapi aku tetap hormat dia sebagai ketua. Aku tak kira lah berapa banyak jarak umur kami, bila dia ketua aku akan tetap hormat. Umur tak pernah mematangkan kita, tetapi pemikiran. So back to the story, mula rapat dengan teman seorang ni waktu kita pi bercuti bersama2 #Kul-REP-Viet# aku tak pernah sangka kami kan jadi serapat sekarang. She is a great listener, extraordinary women power, adorable sister, adviser and awesome to be mingle with. Hai Roudhah dah melangit aku puji kau. Tapi sumpah, tu semua betul. Aku ikhlas puji dia. Disebalik personalitinya yg ceria, ada terselit duka. Tak payah nak cerita lebih. Pokok nya dia juaga yg dapat bukak hati aku akan penting nya solat walau macam mana sibuk sekalipun. Terima kasih teman 😄😄 nampak tak dia punya aura sangat effective dekat diri aku yg degil ni?? Tapi kenapa sekarang? Aku tak pernah punya teman lain ke? Ye, aku punya teman yang lebih 10 tahun aku kenal, tapi aku tak pernah cuba luahkan apa yg aku rasa selama ini. Aku tak tau kenapa, atau mungkin kerana aku jenis yang sangat secretive. Hahahaha. Betul lah tu. Baru2 ni ada salah faham antara aku dan teman 10tahun ku 😔😔😔 tapi aku tak tau nak cerita dgn siapa. Dari dulu lagi aku memang suka pendam segala yg ku rasa. Tapi dgn si roudhah ni aku boleh cerita sampai nangis2. Kau tengok, memang magic betullah dia ni. Alhamdulillah sekarang aku dan teman 10tahun aku dah okay. Cuma agak awkward sikit. Hehehee. Tapi roudhah aku tau kau juga punya cerita di sebalik keceriaan mu. Aku taknak cerita lebih2 sangat dgn segala yg aku rasa, takut nanti kau pulak yg terannoyed dengan aku punya cerita. Maaf sekali lagi ya teman. Aku harap sangat persahabatan kita hingga ke akhirnya. Aku sayang kamu teman 😘😘😘😘
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment